BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Thursday, September 22, 2011

iSu KHaLiMaH SyAHaDaH,ZiZaN MoHoN MaaF.....



Sejak ditayangkan pada hari raya pertama lalu, filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham tidak sunyi daripada kontroversi. Dalam filem diterajui, Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Tai dan Jue Aziz itu, terdapat beberapa babak dikatakan menghina Islam.


Antaranya, adegan Zizan dan Tai memakai baju memaparkan lambang salib, selain mempersendakan kalimah suci syahadah dan azan. Ternyata kontroversi tersebut mengundang rasa tidak senang beberapa pihak yang disuarakan di blog-blog.Terbaru, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, menyelar filem tersebut, dakwanya jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhaduanna Muhammadar Syaitan membawa maksud ‘Aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan’.



Menurut Nasrudin, tindakan Zizan itu boleh menggugurkan syahadah, walaupun ia sekadar lakonan.
Zass cuba mendapatkan penjelasan Zizan mengenai isu ini, tetapi pelakon dan pelawak itu gagal dihubungi.
Bagaimanapun, sebelum ini, menerusi laman Twitternya, Zizan pernah memohon maaf berhubung isu itu. Jelas Zizan, tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan Rasulnya sendiri. “Takkanlah saya hendak hina Rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada kunyit. Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini...“Saya faham, apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap,” katanya seperti dipetik dari laman Twitter.




0 ulasan: