BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Monday, May 6, 2013

SuaSaNa MeNJeLaNGnYa PRU13.............

Salam.................


Alhamdulillah selesai sudah PRU13....tahniah buat calon BN Dari Dun Sg Air Tawar Tn Hj Kamarol Zaki Abd Malik kerana telah berjaya memenangi kerusi dewan undangan negeri dengan majaroti sebanyak 1416 undi...tahniah diucapkan...tq Allah diatas nikmat kemenangan ini pada kami semua....syukur Alhamdulillah.......


Full story kang kite buat dekat entry lain yer...hehehe...terima kasih kepada semua kengkawan yang sudi jenguk2 dekat sini...lebiuuuuu


Ok...camner nak muler nie yer...hantam jerla...disebabkan PRU13 telah bermula,make aku pun dengan camera tidak dapat dipisahkan lagi...sebelum2 nie bawak camera kecik jer...seminggu terakhir sebelum menjelangnyer PRU13,aku bawak pulak camera dslr konon nak snap gambo yang terbaiklaken katenyer...konon jerla...walaupun pada hakikatnyer,kite bukanlah amatur sangat bab ambik2 gambo nie...gaye jer lebih...kuikuikui

Tempat uolls semua macam maner?banyak poster tak?tempat kite memang meriah giler...sane sini banyak poster...depan rumah mak aku pun banyak bendera dan jugak poster...mule2 sikit jer,lepastu skalinyer terpoyo pulak budak2 dok menampal poster depan rumah mak aku...layannn jerla janji jangan ko pasang sampai menyusahkan pandangan orang nak lalu lalang memang haip..haip..haip jerla maser tuekan...

nie dalam pekan sg besar....
teguh sang hijau...Takbir...!!! Allahuakbar....!!!!
spg 4, BNO



pasni tengok perang poster dekat kawasan rumah mak kite pulak...perghhh memang havoc giler....

jalan ke kg sg tengar...fuyoooo..best coz meriah...

kreatifkan anak muda....wau yg menarik..betul2 dihadapan rumah
mak..lokasi kg sg tengar sentiasa dihati


tu jer nak cerita...terima kasih kepada semua pengundi yg telah keluar untuk mengundi...dan terima kasih sekali lagi kepada semua pengundi2 dun sg air tawar yang telah mengundi untuk Tn Hj Kamarol Zaki Abd Malik....

Tuan Guru Nik Aziz MelePaSkaN JaWaTaN SeBaGaI MeNTeRi BeSaR KeLaNTaN...........

Salam...................



Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya menyerahkan mandat setelah mentadbir Kelantan selama 22 tahun kepada Dato Ahmad Yakcop sebagai Menteri Besar baru Kelantan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atas segala jasa b eliau yang mentadbir Kelantan selama 22 tahun....Semoga Allah sentiasa merahmati Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.....aminnnnnn

Selamat bertugas Menteri Besar Kleantan yang baru....


DaTuK SeRi NaJiB MeNGaNgKaT SuMPaH SeBaGaI PeRDaNa MeNTeRi......

Salam.....................




Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dihadapan Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,di istana Negara, pada jam 4.08 petang.....

Sumber diambil dari berita harian online....tq

BN KuaSaI 133 KeRuSi PaRLiMeN PaDa PRU13..........

Salam.................



Sumber diperolehi daripada berita harian online.............

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi). 

Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional” Najib Razak, Perdana Menteri

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pada jam 12.50 tengah malam.

BN juga berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang, tetapi Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang kekal dikuasai pembangkang.

Pembangkang di Selangor berjaya mendapat 44 daripada 56 kerusi bagi membentuk kerajaan berbanding hanya 12 kerusi dimenangi oleh BN.

Pembangkang juga berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Kelantan dengan mendapat 33 kerusi, berbanding BN hanya 12 kerusi. 
BN tambah kerusi

Di Pulau Pinang; pembangkang turut menang majoriti dua pertiga apabila memperoleh 30 kerusi dan BN menang 10 kerusi dengan DAP menyapu bersih semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS hanya satu kerusi.

Bagaimanapun, BN menang tipis di Kedah, Terengganu dan Perak. Di Kedah BN mendapat 21 kerusi berbanding 15 untuk pembangkang, manakala di Terengganu BN memperoleh 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi.

Di Perak; BN berjaya melepasi jumlah majoriti mudah apabila mendapat 31 daripada 59 kerusi, berbanding 28 untuk pembangkang. Pada pilihan raya umum 2008, BN tewas tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 2009 selepas tiga ADUN pembangkang menyokong BN.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan, BN menambah kerusi Parlimen apabila berjaya merampas Titiwangsa daripada PAS dan mengekalkan Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan. 

Kerusi lain yang dimenangi pembangkang ialah Kepong, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak dan Batu.

BN buat analisis

Datuk Seri Najib Razak, dalam persidangan media selepas kejayaan itu berkata, keputusan yang kurang memberangsangkan kepada BN, berpunca daripada ‘tsunami kaum Cina’ yang tidak memberikan sokongan kepada BN sehingga MCA dan 
GERAKAN yang mewakili kaum itu tewas di kebanyakan kerusi kepada DAP.

Katanya, BN akan membuat analisis terhadap keputusan pengundi Cina, selain kajian mengenai kegagalan mencatat kemenangan dua pertiga di Terengganu.

Beliau berkata, ‘tsunami kaum Cina’ berlaku kerana pihak pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak sihat untuk negara ini kerana Malaysia mahu menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Amalan demokrasi lancar

Najib juga berkata, keputusan itu membuktikan amalan demokrasi di negara ini berjalan lancar dan teratur.

“Keputusan rakyat ini turut menunjukkan aliran polarisasi pengundi dan ini membimbangkan. Jika tidak ditangani, ia boleh menimbulkan perbalahan dan ketegangan di negara ini. 

“Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional,” katanya.

Kepada pembangkang Najib berkata, demi kepentingan negara beliau berharap pembangkang menerima keputusan dengan hati terbuka dan biarkan proses demokrasi berjalan lancar.

Najib juga memberi jaminan semua aku janji akan dilaksanakan dan ditunaikan oleh kerajaan BN. 

“BN akan menubuhkan mekanisme khusus bagi memantau pelaksanaan aku janji supaya rakyat sedar apabila kita membuat komitmen, kita akan tepati,” katanya.




KePuTuSaN PRU13 BaGi NeGeRi SeLaNGoR.......

Salam.......................


Keputusan penuh sila bagi negeri selangor sila klik sini