BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Thursday, March 7, 2013

SaPeR DuLu aDe PeMaDaM CaMNiE....???

Salam........





Dulu mase zaman budak2...saper ade kumpul pemadan cani...??harge die mase tue 10sen jer...kadang2 duit belanjer habis buat beli pemadam jer...hehehehe...

Kalau budak lelaki biler dah banyak siap boleh buat main lagi...kalau budak perempuan lebih banyak nak buat koleksi jer...pastu dah kumpul banyak2 bukan boleh kasi kawan2 pinjam pun...kadang2 kalau nak kasi pinjam pun siap bersyarat2 lagi...jangan gune kuat2 kang cepat nipis....hahahaha...akula tue yang selalu pesan camtue....hahahaha

MaRi MeNJaRiNg iKaN.....!!!

Salam..................


Entry hampir nak jadi pekasam.....hehehehe...kan aku dah cakap...kadang2 aku hajen....kadang2 aku terrsangatlah rajinnyer...

ok..ok...hari tue,en hubby dan anak sedare die,gi menjaring ikan...motif pertame sebab teringin nak makan ikan talapia...lagi2 bile siang tue hujan sangat2 lebat...kate en hubby aku,kalau nak jaring ikan elok kalau lepas hujan...die kate banyak ikan...

dalam pukul 3 tue en hubby n anak sedarenyer terus menuju ke parit...aku pun joint gak...taaapii..joint tengok2 jerla...eh..jap2...suami kiter tengah azan dekat masjid tue untuk solat isyak....jaapp yer....

uolls mesti tak tahu punyer caner care2 nak menjaring ikan tuekan...nanti aku letak gambar yer....bak kate en hubby..barulah extream sikit nak carik ikan...asyik2 beli dekat pasar jer...

sebuk mencari port baaaikkk nak letak jaring....
memerlukan kayu untuk memacak jaring...
eh...dah dapatlah ikannyer.....
''yang kecik tue ikan iqah punyer cik leh....''

misi menjaring ikan pade petang tue hanyer dapat dilakukan sekejap jer,sebab hujan tibe2 turun dengan lebatnyer...dan sebanyak 8 ekor ikan talapia besar2 tapak tangan ikan telah dinaikkan....hehehehe

GaMe PETANDA PiNg PoNg 2013

Salam.................

 Esok petang aku akan ke kuala langat untuk lawan ping pong....aku main hari sabtu...doakan team aku menang yer kengkawan....kalau sesaper yang keje dekat land ofc mesti tahu pasal game2 nie...setiap 2 tahun sekali ofc aku akan ade game,espesely untuk staff pejabat daerah/tanah untuk setiap daerah yang ade kat selangor...selangorkan ade 9 buah daerah...so setiap daerah kene hantar wakil.....sukan tue lebih dikenali dengan name 'SUKAN PETANDA'...PETANDA tue singkatan dari sebutan pejabat tanah daerah...

so..esok aku wakil ofc aku untuk game ping pong...start aku keje kat land ofc nie,aku mesti joint game ping pong...kalau uolls nak tahu,aku nie teramatlah minat dengan game nie,sebab memang dari sekolah rendah lagi bakat terpendam aku untuk main game ping pong tue dah terserlah....hehehehe...takdelah teror sangat taapi....bolehlah kalau setakat nak main pukul2....hahahahaha...pukul orang pun aku pandaiii...start bulan 2 hari tue,aku hari2 dah traning...mudah2an kemenangan berpihak pade sabak bernam...aminnnn

dan esok paaaaling best sebabbb aku main dekat tempat aku keje dulu....dulu pun aku pernah gak main untuk kuala langat untuk game ping pong nie...5 tahun dekat saner,2 kali gaklah aku main untuk kuala langat...so,tadi dah siap contac2 kawan2 dekat saner...ade yang nak banjer makan malamla,makan pagila...hehehehe...tq kengkawan yang nak banjer2 kiter tue yer....mmuuaaahhhh...tak sabao nak jumpe korang hari sabtu nie..



PM DaTaNg LaGi Ke SaBaK BeRNaM....

Salam.................





Esok, hari jumaat bertarikh 8 mac 2013, Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Bin Hj Tun Abd Razak akan datang lagi ke daerah sabak bernam buat kali yang ke 2...

Tahun lepas pun aku ade wat entry pasal PM datang ke sabak bernam.... klik sini yer ..........dan awal tahun 2013 nie,Pm datang lagi buat kali ke2....setiap jalan dah penuh dengan bendera2 umno....tak kesah untuk tujuan aper pun...taaapiii..aku bangga sebab PM banyak kali datang ke sabak bernam....hari tue timbalan Perdana Menteri...lagi2 dah nak dekat pilihan raya nie...so mesti kene kerja keraskan...tak sabar2 rasenyer nak pergi mengudi untuk kali yang ke2...rugi wooo saper yang tak mengundi...

Pagi tadi lepas aku balik dari traning ping pong,aku nampak helikopter berlegar2 atas kepale aku....terangkat2 tudung aku dek penangan kuatnyer kipas helikopter tue....diaorang landing dekat balai polis....aku ingat dekat ofc aku....rupe2rnyer dekat padang balai polis...padang bola ofc aku tue,bersebelahan dengan padang bola balai polis....

so aku agakkan...mesti first time nak landing tue die tersilap tempat...sebab hampir2 nak landing woo maser tue...kebetulan mase tue,aku bejalan menuju ke kereta aku yang aku park tepi padang,jakun japler...last2  helikopter tue naik balik dan pegi ke padang sebelah pulak....hikhikhik...

Selamat datang lagi Perdana Menteri Malaysia ke Sabak Bernam.....

Dan esok,aku tak sabar2 nak tengok helikopter PM tue landing kat sebelah ofc I tue yer...hehehehe

Buat kengkawan2 blogger...jangan luper sentiase doakan agar semua anggota keselamatan kiter yang bertugas di Lahad Datu semuanyer selamat....aminnn

Monday, March 4, 2013

PeNCeRoBoHaN Di LaHaD DaTu SaBaH.....

Salam...................


Terima kasih buat semua pejuang-pejuang negara yang terkorban demi menjaga keamanan negara...dan buat ahli2 keluarga semoga terus tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini...

Buat semua kengakawan marilah kiter berdoa semoga segala kekusutan dan segala kesulitan yang berlaku di Sabah akan berakhir.....

pejuang negara yang terkorban pada hari jumaat 1 Mac 2013
pejuang negara yang terkorban pada 2 mac 2013


meleleh air mata aku melihat suasane ini....Al-Fatihah
anak comel yang telah kehilangan ayahnyer demi menjaga keamanan negara..
dan si anak kecil bercita-cita ingin menjadi seorang komando seperti ayahnya....


Gambar ehsan dari pencarian di solehahshamsuddin.blogspot.com dan www.ammboi.com

Sorotan kejadian di Lahad Datu Sabah.....


12 Februari 2013
Sekumpulan warga asing bersenjata api dan berpakaian seragam tentera menceroboh Lahad Datu, Sabah dan menawan Kampung Tanduo di Tanjung Labian.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera dikerah mengepung lokasi kumpulan berkenaan

13 Februari 2013
Kumpulan penceroboh terdiri daripada lebih 100 orang dipercayai dari Selatan Filipina. Mereka menuntut dua perkara daripada kerajaan Malaysia
Pertamam , mengiktiraf mereka sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu dan kedua, tidak menghantar pulang penduduk tempatan berketurunan Sulu ke tempat asal mereka. Rundingan dijalankan

14 Februari 2013
Rundingan masih dijalankan, Penduduk setempat diarahkan berpindah untuk keselamatan. Tiada rakyat Malaysia ditahan atau dijadikan tebusan.

15 Februari 2013
Rundingan dengan pihak penceroboh  positif dan akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum mereka dihantar pulang.
Polis menafikan insiden tembak menembak

16 Februari 2013
Rundingan ditamatkan dan kumpulan berkenaan disahkan akan dihantar pulang pada bila-bila masa.

17 Februari 2013
Kumpulan berkenaan setuju untuk diusir. Tetapi meminta untuk bertemu ‘personaliti tertentu’. Polis jamin tiada pertumpahan darah.

18 Februari 2013
Kerajaan sahkan kumpulan itu bukan militan atau pengganas.

19 Februari 2013
Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam ( KDNKA ) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid melawat lokasi pencerobohan.

Kumpulan masih diberi peluang hingga 22 Februari 2013
Kerajaan berhubung dengan kerajaan Filipina melalui Wisma Putra

22 Februari 2013
Tarikh akhir untuk kumpulan itu meninggalkan negara tamat
Kerajaan Filipina menghantar kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata. Kapal AT296 belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tando di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai.

23 Februari 2013
Kerajaan Filipina memohon agar tempoh usir dilanjutkan hingga Selasa 26 Februari 2013

26 Februari 2013
Polis tamat rundingan dan pasukan keselamatan bersiap sedia menggempur kumpulan penceroboh

27 Februari 2013
Malaysia tak benarkan campur tangan luar dalam penyelesaian isu pencerobohan. Kesultanan Sulu memutuskan anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu tidak akan meninggalkan Lahad Datu dan sedia menghadapi apa juga tindakan ke atasnya.

28 Februari 2013
Pegawai kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro ( MNLF ) menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.
Kerajaan Filipina sedang menjalankan siasatan untuk mengesan  sumber kewangan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac 2013
Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

2 Mac 2013 
Ketua Polis Negara nafi laporan media asing yang dakwa 10 anggota penceroboh telah serah diri kepada pihak keselamatan di Lahad Datu. Polis gugur risalah “Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri” kepada penceroboh di Kampung Tanduo dengan helikopter.

3 Mac 2013
Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna, Sabah memukul sehingga mati seorang penceroboh bersenjata M-16. Polis mengesahkan lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kg Senallang Lama, Semporna merupakan salah seorang anggota penceroboh.

4 Mac 2013
Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di Kg Sri Jaya, Siminul, Semporna semalam, menjadikan jumlah polis terkorban lapan orang sejak pertempuran dengan pihak penceroboh minggu lepas. Bagaimanapun, pasukan keselamatan berjaya keluarkan 19 anggota polis dari Kampung Sri Jaya Simunul dalam operasi menyelamat yang telah dilakukan pada malam tadi.

sumber dari http://www.wanista.com/2013/03/berita-utama-kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu-terkini-hingga-4-mac-2013-11-pagi/.......