BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Monday, March 4, 2013

PeNCeRoBoHaN Di LaHaD DaTu SaBaH.....

Salam...................


Terima kasih buat semua pejuang-pejuang negara yang terkorban demi menjaga keamanan negara...dan buat ahli2 keluarga semoga terus tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini...

Buat semua kengakawan marilah kiter berdoa semoga segala kekusutan dan segala kesulitan yang berlaku di Sabah akan berakhir.....

pejuang negara yang terkorban pada hari jumaat 1 Mac 2013
pejuang negara yang terkorban pada 2 mac 2013


meleleh air mata aku melihat suasane ini....Al-Fatihah
anak comel yang telah kehilangan ayahnyer demi menjaga keamanan negara..
dan si anak kecil bercita-cita ingin menjadi seorang komando seperti ayahnya....


Gambar ehsan dari pencarian di solehahshamsuddin.blogspot.com dan www.ammboi.com

Sorotan kejadian di Lahad Datu Sabah.....


12 Februari 2013
Sekumpulan warga asing bersenjata api dan berpakaian seragam tentera menceroboh Lahad Datu, Sabah dan menawan Kampung Tanduo di Tanjung Labian.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera dikerah mengepung lokasi kumpulan berkenaan

13 Februari 2013
Kumpulan penceroboh terdiri daripada lebih 100 orang dipercayai dari Selatan Filipina. Mereka menuntut dua perkara daripada kerajaan Malaysia
Pertamam , mengiktiraf mereka sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu dan kedua, tidak menghantar pulang penduduk tempatan berketurunan Sulu ke tempat asal mereka. Rundingan dijalankan

14 Februari 2013
Rundingan masih dijalankan, Penduduk setempat diarahkan berpindah untuk keselamatan. Tiada rakyat Malaysia ditahan atau dijadikan tebusan.

15 Februari 2013
Rundingan dengan pihak penceroboh  positif dan akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum mereka dihantar pulang.
Polis menafikan insiden tembak menembak

16 Februari 2013
Rundingan ditamatkan dan kumpulan berkenaan disahkan akan dihantar pulang pada bila-bila masa.

17 Februari 2013
Kumpulan berkenaan setuju untuk diusir. Tetapi meminta untuk bertemu ‘personaliti tertentu’. Polis jamin tiada pertumpahan darah.

18 Februari 2013
Kerajaan sahkan kumpulan itu bukan militan atau pengganas.

19 Februari 2013
Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam ( KDNKA ) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid melawat lokasi pencerobohan.

Kumpulan masih diberi peluang hingga 22 Februari 2013
Kerajaan berhubung dengan kerajaan Filipina melalui Wisma Putra

22 Februari 2013
Tarikh akhir untuk kumpulan itu meninggalkan negara tamat
Kerajaan Filipina menghantar kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata. Kapal AT296 belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tando di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai.

23 Februari 2013
Kerajaan Filipina memohon agar tempoh usir dilanjutkan hingga Selasa 26 Februari 2013

26 Februari 2013
Polis tamat rundingan dan pasukan keselamatan bersiap sedia menggempur kumpulan penceroboh

27 Februari 2013
Malaysia tak benarkan campur tangan luar dalam penyelesaian isu pencerobohan. Kesultanan Sulu memutuskan anggota Tentera Diraja Kesultanan Sulu tidak akan meninggalkan Lahad Datu dan sedia menghadapi apa juga tindakan ke atasnya.

28 Februari 2013
Pegawai kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro ( MNLF ) menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.
Kerajaan Filipina sedang menjalankan siasatan untuk mengesan  sumber kewangan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac 2013
Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

2 Mac 2013 
Ketua Polis Negara nafi laporan media asing yang dakwa 10 anggota penceroboh telah serah diri kepada pihak keselamatan di Lahad Datu. Polis gugur risalah “Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri” kepada penceroboh di Kampung Tanduo dengan helikopter.

3 Mac 2013
Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna, Sabah memukul sehingga mati seorang penceroboh bersenjata M-16. Polis mengesahkan lelaki bersenjata M16 yang maut dibelasah penduduk Kg Senallang Lama, Semporna merupakan salah seorang anggota penceroboh.

4 Mac 2013
Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap di Kg Sri Jaya, Siminul, Semporna semalam, menjadikan jumlah polis terkorban lapan orang sejak pertempuran dengan pihak penceroboh minggu lepas. Bagaimanapun, pasukan keselamatan berjaya keluarkan 19 anggota polis dari Kampung Sri Jaya Simunul dalam operasi menyelamat yang telah dilakukan pada malam tadi.

sumber dari http://www.wanista.com/2013/03/berita-utama-kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu-terkini-hingga-4-mac-2013-11-pagi/.......


1 ulasan:

Unknown said...[Reply To Comment]

alfatihah.. sedih tgk apa yang berlaku dilahad datu..