BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Tuesday, August 12, 2014

aNaLiSa TeNTaNG TaN SrI KHaLiD IBRaHiM...MB SeLanGoR

Salam..................



credit from fb Saiful Nang...

Beliau seorang lelaki yg tidak maskulin, tidak kacak dan tidak metroseksual dalam penjagaan gaya rambut. Dalam percakapan pula beliau kadangkala gagap dan selalu tersilap. Hingga pernah kempen untuk undi pihak lawan. Jika dilihat pada gaya semasa beliau ke masjid tanpa urusan rasmi, beliau sama macam  pakcik-pakcik dan abah-abah dikampung yang pergi surau...(senang cerite macam gaye abah2 kite tuelakan...)

Dari aspek gaya seorang MB, saye rase beliau hanya 2/10 sahaja

TETAPI Allah sudah jadikan manusia itu tidak sempurna. Atas ketidaksempurnaan  Tan Sri Khalid itu tersemat kebolehan BERKERJA DAN MENTADBIR YANG BAIK ynag tiada  pada banyak MB-MB Selangor sebelum ini. Jika beliau korup, pasti beliau sudah lebih kaya dari Khir Toyo dan Mike Tyson..Tetapi itulah Khalid Ibrahim, dia simple macam pakcik-pakcik tetapi hebat dalam pentadbiran strategik. Janganlah turunkan dia kerana dia menutup lubang-lubang tiris walaupun kepada sahabat-sahabat separtinya. Itu pasal kawan-kawan marah.

Saya faham sangat dia nie tak pandai ''kipas'' dan ''air-cond'' tapi saya rasa baru sepenggal lebih dia jadi MB, berilah satu jangkamasa yang cukup lama untuk beliau buktikan kehebatan pentadbirannya lebih baik lagi. Tak pandai cakap, tapi pandai buat kerja lebih baik dari CAKAP BANYAK tapi tak pandai buat.


0 ulasan: