BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Terima KaSiH PaDa YaNg SuDi SinGGaH DeKaT SiNi...SiLa TinGGaLkaN JeJaK aGaR DaPaT KiTeR Ke SaNe NaNtI..SaYanG KoRanG SanGaT2...

salji

Pages

JoM FolloWer DeKaT SiNi....

klik


Friday, January 13, 2012

GaJi BaRu SKIM SBPA DiTaNGGuH.......

Hai...Hai...


ermm....ermmm...tak kesah ler tangguh ke haper....janji gaji ku dibayar yer...hahahaha....yerla hari tue sebuk dan cepat2 suruh staff govmnt sign...last2 tangguh pulak..tapi bagi staff kej neg selangor macam aku gaji baru yang skim SBPA dah masuk..sebab minggu lepas cek dekat espek memang dah ade dalam slip...ayoyo..camner tue....gune kang takutnyer akan datang kate kene bayar balik pulak...aduhh...kan dah jadi isu lain pulaknyer....

dan ini aku copy paste dari sinar on line yer....


Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang denganKongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka. Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenaipenangguhan SBPA.
“Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.
Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
“Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak,” katanya. Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaituKumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana...
note:-
agaknyer gerd macam aku nie naik gaji sampai 1ribu kot...hahahahaha...gelak goleng2 le kalau dapat camtuekan.....tq PM kalau betul dapat cam gitu...hahahaha







0 ulasan: